Urus KWSP | EPF Anda

Cara Untuk Maksimakan Pulangan Simpanan KWSP Anda

Sunday

Maksimakan Pulangan Simpanan KWSP Anda

Adakah Anda Ingin Mendapat Pulangan Yang Lebih Lumayan Ke Atas Simpanan KWSP Anda?


Assalamualaikum,

Tahukah anda berapa jumlah simpanan KWSP yang anda ada? Jika ragu-ragu, eloklah anda pergi ke Kiosk Pintar KWSP untuk mencetak penyata akaun terkini. Dan ianya percuma! Untuk mendapatkan lokasi Kiosk Pintar KWSP tersebut, sila klik di sini. Cara menggunakan kiosk tersebut pula klik di sini. Hanya gunakan Mykad. Sungguh mudah.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ('KWSP') adalah di antara tabung dana yang terbesar di Malaysia. Ia bertujuan menyediakan pelan persaraan yang lebih terjamin untuk pekerja-pekerja. Di bawah Akta KWSP Sekyen 43(1) juga mewajibkan majikan mencarum di dalam KWSP bagi pihak pekerja. Dengan kata lain, jika anda sebagai rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat yang sah di Malaysia, maka sudah tentu anda mempunyai akaun KWSP secara automatik.

Berikut adalah fakta berkenaan dividen yang diistiharkan oleh KWSP;


TahunKadar
Dividen
20024.25%
20034.50%
20044.75%
20055.00%
20065.15%
20075.80%

Sumber: Berita Harian 24-Jul-2008, ms 17

Pada pendapat KWSP, pulangan sebanyak 5.80% pada tahun 2007 tersebut adalah "... pembayaran dividen terbesar dalam tempoh lima tahun ..." . Sila rujuk pautan dari laman web rasmi KWSP di sini. Adakah anda berpuas hati dengan dividen tersebut?

Bagaimana jika saya katakan bahawa anda berpeluang meraih jumlah pulangan yang lebih baik daripada itu? Dari simpanan KWSP yang sama? Ya, anda boleh. Melalui pelaburan dalam Unit Amanah / Unit Trust!

Apakah Itu Unit Trust?

Unit Trust atau dalam bahasa Melayunya ialah Unit Amanah, merupakan skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu dana. Dana seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah kepada para pelabur dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam portfolio pelbagai saham dan bon atau instrumen lain yang khusus.

Kenapa Unit Trust?

Hakikat yang sebenarnya ialah pelaburan di Unit Trust amat menguntungkan daripada pelaburan-pelaburan anda di tempat lain. Bahkan pelaburan di Unit Trust ini juga adalah sejuta kali lebih menguntungkan daripada anda melabur di skim-skim cepat kaya yang sentiasa merugikan anda.

Jurulatih Jutawan, Azizi Ali juga ada menyarankan kepada pembacanya untuk melabur di Unit Trust melalui bukunya yang bertajuk “Jutawan Dari Planet Jupiter!” Ini kerana melabur di Unit Trust ini mempunyai kelebihan berbanding saham individu.

Antara kelebihannya ialah;

  • Pengurusan profesional dengan kos yang rendah
  • Keselamatan pelaburan melalui sebaran risiko (diversification)
  • Kecairan pelaburan
  • Urusan transaksi yang memudahkan
  • Pulangan dari pertumbuhan modal dan pendapatan dana itu sendiri

Sebagai perbandingan dengan jenis simpanan atau pelaburan alternatif yang lain, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah;

JENIS PELABURANRISIKOANGGARAN
PULANGAN TAHUNAN
KELEBIHANKELEMAHANPENGELUARAN KWSP
Saham di BSKLTinggi10%Cepat untungCepat rugi/ Perlu modal besarTidak dibenarkan
Simpanan
(ASB, ASN )
Tiada3%- 10%Nilai Ringgit adalah tetapPulangan sederhanaTidak dibenarkan
Koperasi
(Bank Rakyat)
Tiada15%
(permohonan akaun baru telah ditutup)
Nilai Ringgit adalah tetapBilangan ahli terhadTidak dibenarkan
Unit AmanahRendah10% ke atasPengurusan professional Hanya sesuai untuk jangkamasa panjang (5 tahun ke atas)DIBENARKAN
(Dari Akaun 1)
HartanahRendah15% ke atasPulangan tinggiTidak cair (mengambil masa yang lama untuk selesaikan sesuatu transaksi)Dibenarkan
(Dari Akaun 2, terhad kepada 2 unit hartanah)
Skim Cepat KayaTinggiTidak ada rekodTiadaTerlalu banyakTidak dibenarkan

Salah satu dana syariah unit trusts kami yang diluluskan untuk pengeluaran KWSP ini telah mendapat pulangan sebanyak 49.52% pada tahun 2007 dan 24.59% pada tahun 2006. Pulangan ini berdasarkan pada pengagihan pendapatan dan juga kenaikan nilai ekuiti dana tersebut.

Oleh kerana duit KWSP Akaun 1 tidak boleh disentuh sehingga umur persaraan atau sebab-sebab lain yang diluluskan, maka amat wajarlah kita memilih bagaimana duit tersebut patut dilaburkan. Bayangkan anda ada tempoh selama 10, 15, 20, 25 atau 30 tahun lagi untuk bersara. Berapa lipat kali ganda duit anda di KWSP boleh bekerja untuk anda!

Untuk mengetahui kelayakan pengeluaran untuk pelaburan unit trust ini, sila layari di sini.

Marilah kita fikir apa yang boleh dilakukan untuk diri kita sendiri kerana sekarang ini kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menjaga kebajikan diri kita di masa akan datang. Sekarang adalah masa yang baik untuk melabur. Ambil peluang ini. Hubungi saya untuk melabur dalam unit trust .

Sekian, terima kasih.



Mior Hasafi
Perunding Kewangan (Syariah Fund)
016-2200449
mhasafi@gmail.com
















Copyright 2008 UrusKWSP.blogspot.com